Pages

My Breasfeeding Journey with Cinta

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, July 17, 2015

Cerita Pre-Syawal 2015

Alhamdulillah Syawal tahun ni turn balik Ipoh,  setelah dua tahun berturut raya di KL dahulu. Tapi tahun ni agak berlainan sebab Mama D memilih untuk beraya di Kelantan. Almaklum sejak banjir besar haritu MIL balik sana nak mengemas rumah, buang barang yg xboleh pakai dan macam2 lagi la.

Jadinya raya tahun ni raya sakan la! KL-IPOH-KELANTAN-KL.. Weehooo.

So CP pun dah siap la plan haaaa...Excited nak beraya CP amik cuti dari 15/7/2015 sehingga 22/07/2015.

Plannya, dua hari sebelum raya balik Ipoh, then raya ketiga kita ke Kelantan sehingga raya kelima.

Namun kita hanya merancang Allah jua yang menetukan. Huhu…

15/07/2015:

Kami xjadi balik Ipoh lagi (D mmg begitu) so kami ambil kesempatan untuk membuat perkara-perkara yg penting ie. bayar zakat, tukar duit raya (lagi! sebab ade org minta tlg), bayar duit kete, sewa rumah bil2, nursery, bbstr sume nya awal2 kang terlebih sakan kami berbelanja.. dan dah bayar sume bolehla shopping utk raya sekali.  

So CP sambar la bateri phone yg dah uzur, kata nak raya mesti nak selfie la wefie la sekampungfie familyfie dan mcm2 fie la.. Kang baru selfie bateri habis naya jadi bahan sampai 5 kali syawal akan datang org ingat hahaha. D beli phone lagi satu chett jimat cermat kunun, then baju raya Qaqa and daddy akhirnya dpt! Then xperlu dah nk pening kepala lagi. Fuhhh



16/07/2015:

Kul 10.30am dari KL bergerak ke Ipoh. Alhamdulillah jalan mmg clear kul 1 lebih kami sampai. Terus ke Pasar cari buluh lemang dan barang2 basah. D bersemangat waja nak bakar sendiri tu. Dah 2 tahun xdpt bakar lemang la katakan.. alhamdulillah buluh ade brg2 basah yg lain dah  siap sumanya mak CP dah beli. uma santan kene que kul 4 katanya suh amik. So kami pun zass balik rumah terus kang petang D kata baru kluar balik amik santan.

Spi rumah start la sesi meriah malam raya kami.. apa lagi masak masak dan masak la..... 



Sekian, Selamat hari raya dari CP.. tdo2, sok2 kita story lagi k bai..



Thursday, June 25, 2015

BerBloglovin!


Wah excited kita bila berjaya sync kan blog kita kat Bloglovin... terus kita buat lg 1 entry untuk menunjukkan kegembiraan kita.. ok jum tgk and follow Bloglovin kita hehehe



Salam Ramadan - Bloglovin!

Salam Ramadan Al-Mubarak.

Alhamdulillah masuk hari ke-8 sudah umat Islam menjalani ibadah puasa. Bila masuk bulan Ramadan mula la jadi ngantuk dan tak bermaya so untuk mengelakkan  tertido, apa lagi blogwalking la kita. Boleh la kita mendapat inspirasi selain cuci mata dengan kedai2 online.

Sedang kita blogwalking mula la kita explore bende2 baru antaranya Pinterest, tumbler and Bloglovin.. so kita pun cuba la Sign Up.. so for this entry kita create purposely utk testing samada sync tak dgn Bloglovin hehehe...

Maybe awak2 dah tau mende2 tu kan, kita baru tau wak... hehhee.. kita suka explore tapi sebenarnya kita tak berkesempatan plak nak jengah hari2. Masalah yang sering melanda Internet slow and phone asyik la hang.. tapi takpe janji kita cuba kan... 

*tak sabar plak nak tgk hasilnya di bloglovin ahakss*


So kita paste text di bawah:

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/14222117/?claim=xcncyctftfh">Follow my blog with Bloglovin</a>

Monday, March 9, 2015

Saat ini Setahun Yang Lalu

Salam uolls,

Agak lama aiolls tak berkesempatan mencoret kisah kami.. banyak yang nak diabadikan dan dikongsikan insyaAllah later2 aiolls post..

Tajuk entry kali ini boleh buat novel tak huhu.... ok ekceli malam ni aiolls xboleh tdo terkenang saat ini tahun lepas... terjaga dek kerana Qaseh yg tiba2 menangis. Aiolls pun apa lg nak bgn tiba2 alamak mcm ada sesuatu... OMG air ketuban pecah sudah... huhuhu..

Tapi aiolls relax je sbb tgk daddy gelabah semacam... agak geli hati terkenang saat tu..

oklah uolls baru lega dah meluahkan rasa, nak tdo, sangat la mengantuk...


Monday, January 12, 2015

Aku Memang Begini

Aku mmg begini
Tatkala kesedihan menyelubungi aku
Sepi dtg membantu
Bukan sengaja aku membatu
Bukan jua aku lari dari situ
Hanya menunggu saat
Luka itu sembuh
Namun ia masih lembab
Belum jua kering
Entahkan parut nya kekal atau sementara

Aku mmg begini
Sering tidak peduli
Apa jua kata mereka
Biarkan saja
Kerna aku bukan mereka
Mereka juga bukan aku
Tidak perlu aku perbahas
Buat apa mereka tahu
Apa juga perihal aku
Kita kan punya kisah hidup
Sendiri sendiri

Aku mmg begini
Andai bisa aku berdiri
Berlari pun aku mampu
Hanya yg mengerti
Faham isinya

Biarlah aku begini